Saturday, May 22, 2010

PENGUMUMAN

Mulai hari ini ruangan komen di blog ini akan dipadam sebab telah diwujudkan ruangan "chat room" atas permintaan ramai. Maaf atas kelewatan membuat ruangan ini kerana sibuk exam. Selamat berborak dan bersembang.

Losius Goliong
Penghulu
Kumpulan Pelajar Sarjana Pendidikan (MEM10)- kerja kursus
SPPS UMS

Wednesday, May 19, 2010

PENGHARGAAN

Terima kasih atas kerjasama anda menghantar tugasan pada 16 Mei yang lalu. Semua dah beres. Exm dah siap. Tugasan dah hantar. Tunggu sahaja keputusan. Berjumpa lagi di semester seterusnya.

Losius Goliong
Penghulu Kumpulan MEM10 (kerja kursus)
SPPS UMS Kota Kinabalu

Friday, May 14, 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ..... Selamat Hari Guru


LEGA DAN TIADA STRESS!!!!

Syaba dan tahniah kepada rakan-rakan pelajar Sarjana Pengurusan Pendidikan (secara Kerja Kursus) kerana berjaya mengharungi debaran dan cabaran peperiksaan Semester 2 Sesi 2009/2010 pada 10 dan 13 Mei yang lalu. Semoga semua kita akan memperoleh kejayaan dan berjumpa semula di semseter akan datang.

Losius Goliong
Penghulu

Monday, May 10, 2010

TERKINI!!!! PERUBAHAN TERKINI..

Pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan yang mengambil kursus TT60104 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan, sila maklum bahawa proposal penyelidikan boleh dihantar selepas peperiksaan. Bagaimanapun, untuk memudahkan pihak kami membuat penghantaran kepada pensyarah berkenaan, mohon kerjasama supaya setiap pelajar menghantar kepada ketua zon masing-masing dan ketua-ketua zon dikehendaki menghantar tugasan tersebut kepada Penolong Penghulu 1, Ismail Badri di Intstitut Kemahiran Mara, Kota Kinabalu sebelum atau pada 16.5.2010. Pelajar2 digalakkan menghantar tugasan sebelum tarikh itu dengan menghubungi En. Ismail Badri melalui telefon 013-8602423.

Saya akan bersama-sama dengan En. Ismail di Restoran Getaran Jiwa Alam Mesra sehingga jam 12.oo tengahari untuk menunggu penghantaran tugasan tersebut. Tugasan yang diterima akan dihantar terus kepada pensyarah berkenaan pada petang itu. Pelajar2 yang gagal menghantar tugasan pada masa ynag ditetapkan dianggap tidak menghantar tugasan tersebut dan dikehendaki menghantar tugasan itu sendiri dengan alasan2 tertentu atas kelawatan tersebut. Mohon kerjasama dari semua untuk kebaikan bersama.

Mohon kerjasama Timbalan Penghulu 2, En Suntik Tuin menyelaras penghantaran di zon-zon yang terdekat.

Sebarang masalah sila hubungi:

En. Losius Goliong (Penghulu) - 0198093960
En. Ismail Badri (Timbalan Penghulu 1) - 013-8602423
En. Suntik Tuin (Timbalan Penghulu 2) - 014-8540283


Losius Goliong

Saturday, May 8, 2010

PROPOSAL KAJIAN

Salam 1 Malaysia.

Hasil perbincangan dengan Dr. Shukri petang tadi, penghantaran proposal untuk kursus TT60104 ditangguhkan sehingga tarikh ditentukan kemudian. Pelajar2 diwajibkan membuat pembentangan esok (9.5.2010) setiap orang dan bahan pembentang disediakan dalam slide power point. Proposal yang telah dibentangkan dan mendapat komen dan teguran pembetulan dari pensyarah akan disiapkan dalam bentuk proposal. Tarikh hantar akan dimaklumkan kemudian.

Losius Goliong
Penghulu
Kumpulan Pelajar Pengurusan Pendidikan (Kerja Kursus)
Ambilan Januari 2010