Thursday, September 30, 2010

TUGASAN KUMPULAN TP60204

Perhatian kepada semua kumpulan bagi tugasan TP60204-Dinamika Organisasi Pendidikan. Keperluan bagi penghantaran tugasan tersebut ialah:

1. Slide pembentangan yang mengandungi nama ahli kumpulan
2. Tugasan lengkap berdasarkan tajuk yang dibentangkan yang siap dibinding
3. Softcopy (CD)

Perkara 1 dan 2 di atas akan dikumpulkan dalam satu folder setiap kumpulan dan diburn dalam satu cd untuk dihantar kepada pensyarah kursus. Sila hantar skrip tugasan lengkap dalam bentuk e-mail kepada penghulu lebih awal untuk proses penggabungan bersama slide pembentangan dalam folder kumpulan.

Tarikh penghantaran kepada pensyarah: 23 Oktober 2010 (sabtu)

Harap maklum


Losius Goliong
Penghulu

Wednesday, September 29, 2010

MAKUMAN MENGENAI PROGRAM KEPEMIMPINAN DAN JATI DIRI

Tarikh: 29 September 2010 (Rabu)

Jam 3.15 petang: Pengarah Program bersama En. Chua Weng Khai (Setiausaha) telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Dekan SPPS UMS mengenai program tersebut dan setelah mendengar penerangan menganai program ini Dekan SPPSUMS bersetuju dan menyokong kertas kerja program berkenaan.

Jam 4.40 petang: Pengarah Program bersama En. Chua Weng Khai (Setiausaha) berjumpa dengan Tim Naib Censelor HEP di Bangunan Censelori. Kertas kerja akan disemak terlebuh sebelum pengesahan dan keputusan akan dijangka diketahui pada Jumaat ini (1 Oktober 2010).

Makluman kepada semua AJK:

Semua AJK hanya boleh menjalankan aktiviti secara rasmi setelah mendapat makluman yang kertas kerja kita mendapat kelulusan daripada Timb Naib Censelor (HEP), UMS.

Tarikh Laporan: 30 Sept 2010, 5.59 pagi

Monday, September 27, 2010

PERKEMBANGAN TERKINI PROGRAM KEPEMIMPINAN DAN JATI DIRI

27 September 2010, jam 10.30 pagi: Saya bersama dengan Rosland Taib (Timb. Setiausaha 1) berjumpa dengan Penyelaras Program Kepemimpinan dan Jati Diri, Prof Madya Dr Hj Baharom Mohamad jam 10.15 pagi tadi. Berikut adalah perkembangan terkini dan tindakan yang perlu diambil oleh setiap AJK:

1. Kertas kerja sudah diluluskan oleh Penyelaras setelah dibuat beberapa perubahan.Namun kertas kerja tersebut masih perlu kelulusan Dekan SPPS dan Timb Naib Censelor HEP UMS. Kami akan ke UMS pada hari Rabu untuk mengurus perkara tersebut.

2. Dewan yang akan digunakan untuk program ini ialah di Dewan Mini Auditorium, SPPS, UMS. Penyelaras bersetuju dengan perkara ini. Saya sudah pun menempah dewan ini pada tarikh tersebut.

3. Urusan surat menyurat dan urusan yang memerlukan kertas kerja program hanya dapat dilaksanakan apabila kertas kerja mendapat kelulusan Dekan SPPS dan Timb Naib Censelor HEP UMS. Namun tugas-tugas lain yang boleh dijalankan, sila ambil tindakan lebih awal untuk mengelakkan kesukaran kelak.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi mana-mana AJK tertinggi.


Losius Goliong
Penghulu

BORANG MAKLUMAT PELAJAR

Borang maklumat pelajar perlu disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan dalam borang tersebut. Sila lengkapkan borang tersebut dan serahkan kepada penghulu kumpulan masing-masing.

Losius Goliong

MAKLUMAT TERKINI PELAJAR PASCASISWAZAH (KERJA KURSUS)

Pesanan Penting daripada Penyelaras Pascasiswazah, Prof Madya Dr Hj Baharom Mohamad:

Penyelaras Pascasiswazah sedang dalam proses mendapatkan maklumat terkini pelajar-pelajar pascasiswazah (kerja kursus) untuk rekod. Sehubungan dengan itu, semua pelajar berkenaan diminta memberikan maklumat terkini termasuklah tajuk desertasi dan nama penyelia masing-masing kepada penghulu setiap kumpulan.

Senarai nama pelajar dan nama penyelia boleh dirujuk di laman web dalam masa terdekat ini.Maklumat ini juga akan dilekatkan di papan kenyataan untuk rujukan pelajar-pelajar

Borang maklumat akan diedarkan melalui penghulu setiap kumpulan untuk memudahkan pemungutan maklumat pelajar-pelajar tersebut.


Losius Goliong

Sunday, September 26, 2010

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN TUGASAN INDIVIDU TP60204

Sila ambil perhatian terhadap makluman berikut:

Hantar tugasan individu bagi kursus ini dalam bentuk softcopy dan hadrcopy.

1. Bentuk softcopy:
a. hantar melalui e-mail selewat-lewatnya pada 21.10.2010 (Khamis) untuk
memudahkan pihak penghulu memBURN dalam cd untuk dihantar kepada pensyarah
pada 23.10.2010.
b. pelajar-pelajar yang gagal menghantar pada tarikh tersebut, bahan tugasannya
tidak akan termasuk dalam cd yang dihantar kepada pensyarah.

2. Bentuk hardcopy:
a. bawa dan hantar tugasan yang telah siap pada 23.10.2010 (Sabtu) selepas
aktiviti Program Kepimpinan dan jati Diri. Jika tidak ada kuliah pada
24.10.2010, tugasan tersebut akan dihantar pada petang 23 Oktober 2010.


Harap maklum.


Losius Goliong

KUMPULAN DAN TAJUK TUGASAN KUMPULAN TT60204 KENDALIAN DR SHUKRI ZAIN

TUGASAN KUMPULAN
TT60204 – PENAKULAN DATA DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

PENSYARAH: DR. SHUKRI ZAIN


KUMPULAN 1: Apakah Cabaran-cabaran besar menjalankan pelyelidikan kualitatif? (T12)
1. Suntik Tuin (Ketua)
2. Abdullah Jabus
3. Elizabeth Peter

KUMPULAN 2:Tajuk 1
1. Rosland Taib (Ketua)
2. Losius Goliong
3. Dg. Mastura

KUMPULAN 3: Ciri-ciri kajian kes yang baik dalam penyelidikan kualitatif (T5)
1. Ismail Badri (Ketua)
2. Rohani Maklin
3. Vurisiah Dadong

KUMPULAN 4:Grounded Theory
1. Cheok (Ketua)
2. Jen
3. WONG CHUI FUNG

KUMPULAN 5:Manfaat pemerhatian sebagai instrument analisis data.
1. Edith Robinson Sitabal (Ketua)
2. Inus

KUMPULAN 6:Tokoh dan penemuan-penemuan penyelidikan kualitatif yang signifikan.
1. Nor Asmah
2. Feirouz Daisy Zeno
3. Norizan Azmi

KUMPULAN 7:Fenomenologi
1. Chua Weng Khai (Ketua)
2. Sharifah Azlina
3. Hamidah K. Hamid

KUMPULAN 8:Konsep dan prosedur temubual yang berkesan
1. Mohd Tahir Awang Damit
2. Rosaini Suni
3. Rozita Puasa

KUMPULAN 9:Inovasi dalam penyelidikan kualitatif (Nvivo dsb)
1. Emmanuel Lim (Ketua)
2. Razlina Jamaluddin
3. Jenny Chua

KUMPULAN 10: Data dan tatacara pemprosesan data dalam penyelidikan kualitatif
1. Hasrin
2. Mupjajar

KUMPULAN 11: Sejauh manakah teori penting dalam penyelidikan kualitatif?
- teori, model dan hipotesis
- hubungan teori dengan penyelidikan kualitatif
1. Jamain Pahing (Ketua)
2. Priscilla Gindan

KUMPULAN 12:Rumitkah melaksanakan kaedah persampelan dalam penyelidikan kualitatif?
1. Norzita Awang (Ketua)
2. Miriani Paidal

KUMPULAN 13:Sejauh manakah hasil penyelidikan kualitatif boleh dipercaya?
1. Esongkili Ampat (Ketua)
2. Aidy Ghani

Saturday, September 25, 2010

PEMBAHAGIAN KUMPULAN UNTUK TUGASAN TT60204 BAGI KURSUS KENDALIAN DR SHUKRI ZAIN

Dimaklumkan bahawa proses penyusunan semula ahli kumpulan bagi tugasan berkumpulan untuk kursus TT60204 di bawah Dr. Shukri Zain dibuat bagi membolehkan pengagihan 13 tajuk tugasan yang disarankan oleh pensyarah kursus ini. Berdasarkan senari kumpulan yang dibentuk oleh pelajar-pelajar yang lalu, hanya 10 kumulan yang telah dibentuk menyebabkan terdapat 3 lagi tajuk tugasan tergantung. Cadangan kumpulan baru akan dipostkan di blog ini dalam masa terdekat.

Losius Goliong

KULIAH GANTIAN TT60204 - PENAKLUAN DATA DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

Perbincangan telah dibuat dengan Dr Shukri Zain untuk mengadakan kuliah gantian pada 16 - 17 Oktober 2010. Pada dasarnya, tarikh ini telah disahkan. Jika ada rakan-rakan pelajar yang terlibat dengan peperiksaan PTK pada 16.10.2010, sila respon dengan segera supaya saya dapat berbincang dengan Dr. Shukri untuk penundaan tarikh tersebut.

Untuk rakan-rakan yang mempunyai akaun Facebook, sila join group FB MEM10 di MEMUMS10 (COURSE WORK) untuk interaksi yang lebih interaktif.

TQ

Losius Goliong
Penghulu
Kumpulan Pelajar MEM10 (Kerja Kursus)

Tuesday, September 21, 2010

TAKLIMAT PENNGURUSAN PELAJAR SARJANA

Tarikh : 24.9.2010 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang
Tempat : DKP 4, UMS, Kota Kinabalu

Kehadiran setiap pelajar sarjana WAJIB.

Losius Goliong
Penghulu

Thursday, September 16, 2010

KULIAH GANTIAN TP60204 DINAMIKA ORGANISASI PENDIDIKAN

Tarikh: 18 dan 19 September 2010
Tempat: Bilik Tutorial 5
Pensyarah: Prof Madya Dr Hj Baharom Mohammad

Harap Maklum

Losius Goliong
Penghulu
Kumpulan Pelajar MEM10 (Kerja Kursus)

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI















SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA RAKAN PELAJAR MEM10.

LOSIUS GOLIONG
PENGHULU

Monday, September 6, 2010

NOTA DR SHUKRI ZAIN - TT60204

Makuluman kepada semua rakan pelajar, saya telah mengirimkan nota Kursus Penakulan Data Dalam Penyelidikan Pendidikan kepada rakan-rakan. Bagi yang belum menerima, sila maklumkan email anda kerana ada beberapa email yang saya kirim gagal dikirim.

Harap Maklum


Losius Goliong
losius@streamyx.com