Thursday, March 24, 2011

MAKLUMAN TERKINI KULIAH 26-27 MAC

Perhatian kepada semua pelajar TP60304!!! harap ambil perhatian terhadap makluman ini. Makluman daripada Dr Rosy yang terkini. Kuliah hujung minggu ini iaitu 26-27 Mac diteruskan disebabkan kesukaran mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan kelas gantian. Dengan pengumuman terkini i...ni, maka makluman yang terdahulu terbatal. Kuliah bermula jam 2 petang. Tolong sebarkan maklumat ini. Terimakasih atas perhatian anda.


Losius Goliong

Monday, March 14, 2011

PEMBENTANGAN TUGASAN TP60404

Pembentangan tugasan pengurusan kewangan akan diadakan di Dewan Refflesia, Taman Kinabalu, Kundasang pada 19.3.2011 mulai jam 8.00 pagi. Pelajar-pelajar dikehendaki membayar yuran masuk di pintu utama Taman Kinabalu. Sila minta maklumat kepada pengawal di pintu utama Taman Kianabalu mengenai lokasi Dewan Refflesia. Kehadiran adalah wajib. Makan, minum dan penginapan (jika perlu) adalah atas tanggungan pelajar sendiri semasa program ini berjalan. Sila sebarkan kepada rakan yang terlibat. Berikut adalah jadual program tersebut untuk makluman dan perhatian semua pelajar. Harap maklum.


JAWATANKUASA PELAKSANA
SEMINAR PEMANTAPAN PENGURUSAN KEWANGAN ORGANISASI PENDIDIKAN
ANJURAN
KUMPULAN PELAJAR SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN)
SEMESTER 3 (KERJA KURSUS)
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH



ATURCARA PROGRAM


8.00 – 9.00 pagi:
Pembentangan Kumpulan 1:
Teori dan Prinsip Pengurusan Kewangan Awam


9.00 - 10.00 pagi
Pembentangan Kumpulan 2:
Ketua Audit Negara Dalam Konteks Pemantauan Pengurusan Kewangan

10.00 – 10.15 pagi - Minum

10.15 – 11.15 pagi
Pembentangan Kumpulan 3:
Amalan Dalam Pengurusan Kewangan Kementerian Pelajaran/Jabatan Pelajaran


11.15 – 12.15 tengahari
Pembentangan Kumpulan 4:
Peranan Jemaah Nazir Malaysia Dalam Penyeliaan Pengurusan Kewangan Sekolah

12.15 – 01.00 petang: Makan tengahari

01.00 – 2.00 petang
Pembentangan Kumpulan 5:
Peraturan-Peraturan Dalam Sistem Perakuanan Awam


2.00 – 3.00 petang
Pembentangan Kumpulan 6:
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

3.00 – 3.15 petang: Minum petang

3.15 – 4.15 petang
Pembentangan Kumpulan 7:
Akauantabiliti/Tanggungjawab Pengetua/Guru Besar Sebagai Ketua

4.15 – 5.15 petang
Pembentangan Kumpulan 8:
Peranan Guru dan Ketua Panitia Dalam Merancang Pengurusan Kewangan


5.15 petang
- Ucapan Penyelaras Kursus
- Penyampaian sijil

6.00 petang: Jamuan / Bersurai