Friday, October 8, 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA AJK

Sila maklum bahawa proses kelulusan program ini mengalami kelewatan atas sebab-sebab protokol dan kesukaran berjumpa dengan pegawai-pegawai bertanggjawab kerana terlibat dalam majlis konvokesyen UMS. Walau bagaimana pun perkara ini dapat diatasi seawal-awalnya selasa minggu depan.Saya dan Ismail telah berbincang dengan dengan penasihat program Dr Baharom tentang masalah yang berlaku dan bersetuju supaya perkara-perkara yang boleh dijalankan mulai sekarang perlu dilaksanakan untuk mengalakkan masalah kelak. Perkara-perkara yang melibatkan urusan keluar universiti dan memerlukan t.t penyelaras program ditangguhkan sehingga surat kelulusan itu diperolehi. bagai manapun, sila buat persediaan awal untuk urus perkara tersebut supaya apabila surat kelulusan diperolehi, perkara-perkara tersebut hanya untuk proses pengesahan.

Perkara penting yang perlu diingatkan oleh setiap ajk ialah membuat meminimumkan seminima mungkin kos bagi perbelanjaan kerana kita tidak mendapat kewangan dari pihak universiti atau mungkin mana-mana pihak atas kelewatan kelulusan program ini.

Sila berhubung dengan saya atau ismail untuk keteranga lanjut. Sila maklum da ambil tindakan terhadap perkara-perkara di bawah sebagai tindakan awal mulai sekarang.



AJK LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN (u.p:Esongkili Ampat, Mupjajar Zainul, Hasrin Hamizin)

1. Uruskan lawatan untuk pelajar di di ums. Tulis surat rasmi ke alamat: Universiti Malaysia Sabah, Bahagian Perhubungan Korport, Aras 1, Blok Selatan, Bangunan Censelori. (u.p: Cik Faranizah Taufik). sebarang pertanyaan sila hubungi tel: 088-320000 sambungan 1493, Fax: 088-320223. Tulis surat rasmi untuk memohon kebenaran lawatan ke muzium ums dan sekolah perubatan. Sila berhubung dengan saya secepat mungkin.
2. Sila berurusan dengan pihak berkenaan di SPPS untuk persediaan dewan lebih awal.

AJK ROTOKOL/PENYAMBUT TETAMU (Jamain Pahing, Vurisiah Dadong, Hamidah K. Hamid)
Berbincang untuk perlaksanaan/tatacara penyambutan perasmi, jemputan dan perasmi. Sila berbincang dengan setiausaha mengenai perjalanan program mengikut aturcara yang ditetapkan. Berbincang dengan AJK lain berkaitan supaya majlis berjalan lancar mengikut masa yang dirancangkan.

AJK KESELAMATAN DAN KECEMASAN (Mariani Paidal, Rohani Maklin, Pricella Gindan)
Bincang perancangan awal berkenaan persediaan kecemasan terutama di kalangan peserta2program.

AJK JEMPUTAN (Cheok Yuet Chin, Dg. Mastura Pg. Baharuddin, Cecilia Vitus)
1. Sila kenalpasti sekolah-sekolah yang terlibat mengikut persetujuan dalam perbincangan lalu.
2. maklumkan kepada guru-guru yang terlibat supaya kenalpasti dari sekarang pelajar yang dilibatkan dalam program ini. Pastikan maklumat mereka diperolehi supaya apabila jemputan dan borang diedar melalui pengetua masing2, proses pemilihan pelajar tidak mengambil masa.
3. Sila berbincang dalam AJK untuk menentukan dan menetapkan jumlah peserta dari setiap sekolah yang terlibat serta berbincang dengan guru pengiring masing-masing.
4. Sila berbincang dengan En. Chua dan Pn Rosaini untuk mengumpulkan senarai peserta di setiap sekolah sebagai caangan awal untuk dimasukkan dalam buku cenderahati.


AJK CENDERAHATI, HADIAH DAN BUNGA ROSSETTE (Elizabeth, Feirouz Daisy,Jenny Chua)

1. Tulis surat dan uruskan permohonan kepada dekan spps untuk mendapatkan sijil untuk AJK pelaksana dan penceramah.


AJK PENDAFTARAN DAN BUKU ATURCARA (Norzita Awang, Wong Chui Fung, Jen Lee Shee Zee)
1. proses untuk menyiapkan buku cenderahati boleh dimulakan. Sila berbincang untk menentukan kandungan dalam buku cenderahati dan proses untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut.


AJK DOKUMENTASI (Chua Weng Khai, Rosland Taib, Rosaini Suni,Norizan Azmi)

1. pastikan supaya seboleh-bolehnya dokumentasi bergambar di rakan sepanjang proses pengurusan program ini. Program pada 23 oktober perlu ada rakaman khas. Dokumen2 ini sangat penting dalam laporan program ini untuk dihantar kepada pensyarah dalam bentuk softcopy dan hadrcopy.

No comments: