Monday, September 27, 2010

MAKLUMAT TERKINI PELAJAR PASCASISWAZAH (KERJA KURSUS)

Pesanan Penting daripada Penyelaras Pascasiswazah, Prof Madya Dr Hj Baharom Mohamad:

Penyelaras Pascasiswazah sedang dalam proses mendapatkan maklumat terkini pelajar-pelajar pascasiswazah (kerja kursus) untuk rekod. Sehubungan dengan itu, semua pelajar berkenaan diminta memberikan maklumat terkini termasuklah tajuk desertasi dan nama penyelia masing-masing kepada penghulu setiap kumpulan.

Senarai nama pelajar dan nama penyelia boleh dirujuk di laman web dalam masa terdekat ini.Maklumat ini juga akan dilekatkan di papan kenyataan untuk rujukan pelajar-pelajar

Borang maklumat akan diedarkan melalui penghulu setiap kumpulan untuk memudahkan pemungutan maklumat pelajar-pelajar tersebut.


Losius Goliong

No comments: