Monday, September 27, 2010

PERKEMBANGAN TERKINI PROGRAM KEPEMIMPINAN DAN JATI DIRI

27 September 2010, jam 10.30 pagi: Saya bersama dengan Rosland Taib (Timb. Setiausaha 1) berjumpa dengan Penyelaras Program Kepemimpinan dan Jati Diri, Prof Madya Dr Hj Baharom Mohamad jam 10.15 pagi tadi. Berikut adalah perkembangan terkini dan tindakan yang perlu diambil oleh setiap AJK:

1. Kertas kerja sudah diluluskan oleh Penyelaras setelah dibuat beberapa perubahan.Namun kertas kerja tersebut masih perlu kelulusan Dekan SPPS dan Timb Naib Censelor HEP UMS. Kami akan ke UMS pada hari Rabu untuk mengurus perkara tersebut.

2. Dewan yang akan digunakan untuk program ini ialah di Dewan Mini Auditorium, SPPS, UMS. Penyelaras bersetuju dengan perkara ini. Saya sudah pun menempah dewan ini pada tarikh tersebut.

3. Urusan surat menyurat dan urusan yang memerlukan kertas kerja program hanya dapat dilaksanakan apabila kertas kerja mendapat kelulusan Dekan SPPS dan Timb Naib Censelor HEP UMS. Namun tugas-tugas lain yang boleh dijalankan, sila ambil tindakan lebih awal untuk mengelakkan kesukaran kelak.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi mana-mana AJK tertinggi.


Losius Goliong
Penghulu

No comments: